Nadi X Esukan: Etika & Sikap Pemain E-Sukan
17 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2026 bersamaan hari Jumaat, Kelas LMS Etika & Sikap Pemain e-Sukan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pemahaman kepada peserta tentang kepentingan etika dan sikap yang betul dalam dunia e-sukan kompetitif serta menyedarkan mereka bahawa kejayaan dalam e-sukan bukan hanya bergantung kepada kemahiran permainan semata-mata.
Aktiviti Utama:
1. Penerangan tentang maksud etika dan sikap professional dalam e-sukan
2. Perbincangan bagaimana sikap dan tingkah laku pemain memberi kesan kepada prestasi individu dan pasukan
3. Penjelasan bahawa kemahiran permainan sahaja tidak kejayaan tanpa disiplin dan sikap positif
4. Pengenalan peranan dan tanggungjawab pemain dalam ekosistem e-sukan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami kepentingan etika dan sikap dalam e-sukan, membina disiplin diri sebagai pemain serta menyedari peranan mereka dalam mewujudkan persekitaran e-sukan yang sihat dan professional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: